Thursday, December 30, 2010

Cuti Bola


Dengan ini saya umumkan 31/12/2010 adalah cuti Bola!!! Yuhuu Tahniah Harimau Malaya Menang dengan Agregat 4-2 Menentang Garuda Indonesia!! Yihaa...hari ni Najib umumkan Cuti Umum yer adik2..meh copek kita pk apa program esk. Shopping? Picnik? ehhehe best2..


psst psst : K. RajaGopal, why u x ambik my BF main bola?? huhuhu dia terer tau :)p

Friday, December 17, 2010

Syoknya Family Day

N3 agaknya dh basi kot..lama dok dlm draft aku. X kira ahh today aku publish jugak. Gambar pun dh dapat semua. Family Day PTSL kat Hots Spring Sg. Klah, Sungkai, Perak daa.. sgt best, dah lama x bersuka ria macam tu. Aku terlibat sepenuhnya sebagai Penyelaras Sukaneka. Tapi aku sempat juga menyelit satu dua acara dalam tu. Nak publisiti murahan. Biasa la kan. Eyz mmg mcm ni hohoho

Layan pic lebih bagus dari baca aku membebel(^_^) Moh moh~~


Baru sampai je ms ni x sememeh lg:)

sgt bertuah yer hik hik :)

My bos, Bos Bahagian^_^

Budak pemalu anak Bos

tuju-tuju :)

Tuju Dart nak tgk x menang ke x?

tu dia, tgk anak sapa tu, 2nd place hehe, tu Ketua Pustakawan UKM kalau nak tau..num hp cari lam laman web hoccay..


serang ayaq hangat jom!!!

ehem ehem uhuk uhuk dia turut terselit hihihi


sememeh dah;(

melantak kt Rnr Ulu Bernam masa odw blk..

Serius best jugak la p sana boleh bergumbira sambil beraktiviti..dia kata best n nk p lg..kami x p naik bus..konvoi ramai2 ngan keta..mereka2 yang naik bus lambat gila sampai..hahhaha..boleh anda beramai2 mengajak suami, kawan2, dan juga ahli keluarga mandi air panas n merebus telor kat sana pun boleh..aku xsempat nk snap pic pun tempat rebus telur dlm kolam tu tp aku rasa sgt darak opsss terkeluaq bahasa kelantan aku, means sgt mcm x biasa plak rebus telur dlm ar panas bezanya kali ni rebus dlm kolam di mana ramai org sedang merendamkan kaki mereka ke dlm itu huhuhu..x sanggup aku nk mkn tau.

Best x tgk pic aku? hahha muntah hijau wink wink**

Monday, December 13, 2010

Wanita, Kerana Sayang

Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu~

Wahai Wanita, Kerana sayangnya aku pada mu, ku kirim ini buat tatapan dan renungan kita bersama.



Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s.
Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s.
Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita?
Wanita mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan di muka bumi ini.
Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisaa'.
Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan,
"seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya."
Ingatlah akan Sayyidatina Khadijah r.a., dan Masyitah.
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung.
Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek.
Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.
Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia.
Mereka itu adalah wanita...
yang menundukkan pandangan mereka,
menjaga aurat mereka,
memelihara malu mereka,
yang memelihara perilaku mereka...
serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.
Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga...
oleh seorang wanita Islam.

Dalam sebuah hadis,
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki. Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup.

Ingatlah wahai wanita,
tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.
Ingatlah wahai wanita,
sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka.
Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu.
Ingatlah wahai wanita,
kepanasanmu bertudung,
longgarnya pakaianmu,
panjangnya lengan bajumu,
panjangnya sarung kakimu,
sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu...

ganjarannya SYURGA di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya...


gambar ni berkaitan:)



(Riwayat Muslim) Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."
Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Syurga itu impianmu, MAKA ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda.


WANITA DAN MALU

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki...?” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu”

Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita, ianya akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat akan diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat akan kelihatan menawan, apabila berpakaian seksi akan dipandang menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian lelaki terhadap wanita. Ianya bergantung juga pada lelaki yang memandangnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat. dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak. Hendak mendedahkan aurat, dia takut kalau ada lelaki mengganggunya dan hendak berjalan seorang, dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak dan media elektronik bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya. Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.


SATU ORANG WANITA DAPAT MENARIK EMPAT ORANG LELAKI MASUK NERAKA

Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a :

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

  • Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
  • Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
  • Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:

  • Jujur dalam berkata-kata
  • Menjauhi segala yang haram
  • Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

  • Takut berlaku dusta dan keji
  • Menjauhi kejahatan
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. :

Pertama:-ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat….. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Allah, aku rasa aku menzalimi abah aku sendiri..menitis air mata aku tatkala membaca ini. Ampunkan dosa hambaMu ini Allah. Kasihanilah abah aku kerana dia insan yang aku syg tetapi sygkah aku pada dia jika aku tidak menutup aurat ku, Sayangkah aku pada dia Allah jika aku meninggalkan solat ku, Sayangkah aku pada dia jika aku berdampingan dengan bukan muhrim ku, Sayangkah aku Ya Allah pada dia jika aku berbuat semua dosa2 itu manakala dia tidak seperti aku sujud pada Mu 5 waktu sehari semalam, sentiasa membasahkan bibirnya dgn alunan zikir kepada MU tetapi aku senang memusnahkan amalan2 nya itu. SubhanAllah.

Kedua:-suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram…, apabila suami mendiam diri…… walaupun dia seorang alim yang sholatnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya….. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM…. tunggulah tarikan adiknya di akhirat

Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak……. nantikan tarikan ibunya Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…. maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya.

Firman Allah swt:-
“Hai anak adam peliharalah diri mu serta keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu…” Hai wanita, kasihananilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda… kasihanilah mereka dan diri mu sendiri….. jalankan perintah ALLAH SWT dengan sungguh-sungguh dan dengan ikhlas… Semoga Kita Semua Tergolong Ahli Syurga Yang Memasuki Nya Tanpa Hisab Amin…Ya Rabbalalamin

syg mereka sob sob ;(

Friday, December 3, 2010

Down

Hati sgt sakit. Sakit sbb disakiti. WHy? Why? Why? uishhh bnyk tanya sgt. Aku rasa sgt down. HUH!! Xmo update blog lah..kang xpasal2 kuar semua ayat yg anda semua x faham. Aku xkn translate ok. Tggu Mood elok.

Entry paling pendek. Sekian terima kasih ;(

Monday, November 29, 2010

Tetiba

Semuanya pasal tetiba. Tetiba aku ada mood nk update blog ni 2 kali dlm sehari atau maybe lebih kalau aku rajin gila mlm ni xdak apa nk buat kt rumah+ siaran tv xbesh + housemate tido awal lg = sebenarnya aku rajin tp malu nk ngaku. GILA.

huh tetiba aku gila p tukaq semua jd putih but still ada my fovourite dashing red kt blog ni. nthen tetiba plak td baca blog kak Husna ada bagitau dia suka baca blog yg yg hitam putih je. Aiseh kak Husna, adk dh tukar sblm entry kak una tau kebetulan ni sumpah x tipu ehheuhu (^_^)

Tetiba aku terkejut sbb dilantik jd penyelaras untuk Sukaneka family day Jabatan aku kt Hot Springs, Sungkai Perak 4 Disember ni. hishhh kena jaga budak2 mewarna. I like kids tp awat plak dh ambik aku jd penyelaras ni. Aku kalau boleh nk p berendam je kt air panas tu.

Tetiba ada customer berminat nk beli tudung2 aku setelah sekian lama aku menunggu bila la tudung2 aku tu ada pembelinya. Alhamdulillah rezeki ^_^

Tetiba aku cuak tgk kalendar bos aku blk minggu depan!! Wahh kena rajin kena rajin huishh

Tetiba. xde dh..

Jom Shopping

Blog business aku dh mula bernyawa. Aku baru nk bersemangat ni, gila lah baru sekarang ada mood nk upload pic2 tudung aku tu. gila kan?? Aku harap sgt2 korang semua boleh la melawat ke blog aku tu kat sini. Jom lah beb..

Gerenti panassss!! Grab it now gurls (^_~)


contoh model aku yg comellll~~

Friday, November 12, 2010

Businessgirl :)

eyz in da house yuhuuuu!!! Gurls, aku cuba utk buat business..kecil2an dulu lah yer..belum cukup modal..aku perlukan support dr korang semua ek here my business blog http://angelshawls.blogspot.com/..silakan cuci2 mata n happy shopping (^_^) kalau rasa nak aku tlg cari tdg yg korang rasa x blh jumpa kat tmpt hampa, habaq mai kt aku aku p cari n tlg jual..no hal...

feel free to bg komen ek..cayunk korang muahhhhh LOL :))

Monday, November 8, 2010

rindu windu


siyes sgt merindui my nephew, farell addin..haiyooo budak tembam..mummy b miss you lah..geramnyer nk picit2 pp dia..hadoiii..cpt la cuti pnjg..plssss

Wednesday, October 27, 2010

day 1 of challenge

30 Days of Challenge
Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself



aku pertaruhkan pic aku yg ni sbb aku rasa aku comel mmg comel pun kan kan hahhahha
15 perkara besttt pasal diri aku hurmm i dont think ada perkara best pasal aku semua mcm x best ja. Sila baca 15 perkara yg tidak benar sama sekali pasal aku.

AKU 1

anak ke 2 dari 4 org adk bradik kepada couple cikgu Mcnoc n Puan Zarina, cucu sulung pompuan for Tok Nordin dan cik Senah..aku selalu jd tmpt mengadu abg n adk2 aku sbb aku tengah dan aku plg banyak mengalah dlm apa2 hal pun boleh percaya atau x hanya aku je yg tau walawehhh..

AKU 2

sgt garang tp baik hati..bukan aku kata, member kata..dari member sekolah, poli sampai la member ofis semua kata aku cengeii bak kata org utara tp dlm hatiada taman..aku mrh la mcmana pun aku msh boleh sabaq lg cuma jgn melampau la..sekali dh melampau, mmg aku attack hbs2san la..

AKU 3

x tkt dan x reti tkt..mslh jugak sebenarnya tu. aku mmg x reti nk tkt kt hantu, kt binatang atau apa2 makhluk Allah yg lain..aku hanya takut pada ALLAH jer..yg lain sowie...mmg x tkt..xtau kenapa sbb aku perlu ada sikit takut sbbnya berani sgt pun bahaya jugak kan...tp aku geli je lah kt lipas sbb bila dia terbang mai kt kaki aku ni aku geliii euuwwww~~ bukan cakap besaq tau tp kenyataan..

AKU 4

suka shopping, giler dgn tudung..OMG...sgt gila ok..aku rasa koleksi tudung aku dh nk sampai 100 lebih maybe..dulu ms zaman belajar ada 2 3 helai ja, now dh keja aku balas dendam lah plus now bnyk design tudung yg cun meletopss dan bnyk style... i Loikesss... xkisah dari Ariani, pasar malam, sywal, syria semua hentam..penuh almari dan kotak2..mula2 kerja gila buat collection kasut, pastu baju x gila sgt la n now tudung..yeahhh

AKU 5

travel..aku suka travel..melancong atau bercuti bersama family atau teman2..setakat ni aku x pernah lg g bercuti dgn teman2 selalu dgn family je sbb abah aku pun punya hoci yg sama dgn aku..tp abah aku pantang ada cuti pnjg mesti nk g kelantan jer..mmg dia suka ke sana sbb ramai sanak saudara abah kat sana in fact di kampung dia kt kedah dh xdak sapa dah...aku suka p tmpt yg ada laut, sejuk pun boleh la..hishh x kisah janji dpt holiday beshhhhhnyerrr

AKU 6

satu-satunya anak yg merantau dlm family..aku je yg stay jauh dr family..abg n adk2 aku semua di Penang..sedihnyer..but my mom rajin kol ofis nak gosip sembang cerita mcm2..

AKU 7

close dgn abah..semua benda abah yg ajar..tp memasak of kos la my mom n my grandma yg ajar..dari panjat bumbung, baiki kereta, tukar tayar kereta my dad ajaq..aku ni dh mcm ank jantan ms kecik2 dulu la now aku dh ayu anggun menarik tertarik da boom (^_^)

AKU 8

kasaq, bengis, baran, cengei, meroyan eh bukan..tu semua perangai aku dulu before aku x kenal seseorang ini..eheh..dia yg mengubah aku..aku mmg mcm tomboi dulu la but ciri2 pompuan tu ada lg rambut aku panjang x pnh pendek pun..cuma aku sgt x suka pada pompuan gediks, gatai merenyam eeee nyampah meluat..aku x suka makeup dn tersgt la tidak suka memakai handbag sehinggalah aku msk study Setiausaha baru la aku kenal apa itu kecantikan..ms aku msk study dulu pun aku x suka pada kelas dan sekitar aku sbb semua gurlsss oh no..my 1st impression, ok aku akan bergaduh dgn one of the gurlss n maybe they will hate me Oh Noo..tu yg aku pikiaq dulu n alhamdullilah aku boleh sesuai kn diri n x terlalu menonjol sbb aku x leh masuk dgn girlss yg betul2 girlssss ni..ha kan bnyk sss di situ..ahaksss

AKU 9

i like baby opss babies so muchhh..nk bnyk anak plss God...pantang sapa2 ada baby tu aku sure mnta nk jaga..aku boleh mengasuh budak..tp mention pls..yg comel sahaja ahhahha so *7%$^$ kahkahakahahha opsss aku mak sedara kepada 2 org ank buah hoccay..my bro n my sister dh kahwin n msg2 dh ada ank sorang..br msk 3 months if im not mistaken la...so cute..tunjuk pic sikit


Izz Ayrel Azzani Bin Mohd Ilya

Muhammad Farel Addin Bin Muhammad Nor Asyraff

AKU 10

suka main masak tu pun kalau rasa jemu makan luar..owhh aku hanya rajin bila di rumah sewa, tidak di rumah mama..bila blk kampung aku nk mkn masakan mama..jemu masakan sendiri..

AKU 11

adehh apa lg pasai aku?? suka pakai lotion pas mandi..wajib pakai..x pakai berdosa..eh bukan..x pkai aku rasa geli satu bdn..entah x selesa la..

AKU 12

pantang menunggu pantang ditunggu..so jgn buat aku tunggu sbb aku sendiri x suka org tunggu aku..i'm always on time.. pantang jugak ni org kacau aku tido sbb aku sendiri x suka kacau org tido..even org tu lmbt bgn nk kena g kerja ka jgn la suh aku kejut sbb aku x sampai hati..my dad ckp aku ikut perangai dia..so aku mmg xleh harap my dad utk kejut solat subuh sbb dia xkn buat mcm tu..huhuhu

AKU 13

sgt suka makan kueytiaw grg xkira char kueytiaw atau x mesti udang banyak kerang banyak..n setiap masakan aku wajib ada telur x kira dimasak apa sekali pun telur itu...nyummm

AKU 14

aku tak kawin lg tau..tp dh ada someone la dok bertapa dalam hati aku ni....:)

AKU 15

last!!! akhirnya...aku adalah PA di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM..disini lah tempat aku mencari rezeki buat beli tiket blk penang nanti huwaaa dh 3 thn kt sini bila dpt blk ni..tolonggg x blk penang blk kelantan pun boleh..

aku tau hampa semua sure ckp ez ni rajin update blog ikuikuikui (^_~) ok dh hbs baca kan..sila sambung buat kerja..


Monday, October 18, 2010

cabaran 30 Hari

meh meh kawan2 blogger ku..mari kita menyahut cabaran ini baru tahu hebat x hebat. tapi aku tau hampa semua xdak idea nk hapdate blog hampa kan especially si yan tu..dh lama aku x baca cerita mengarut dia tu sejak dia preggy ni. Aku rasa dia muntah hijau kot kalau ha[date blog sbb anak lam perut dia tu x suka hahahhahah :') aku dengan bangga dan riaknya menyahut cabaran 30 hari ni dari si comel ni :) jom layanzz~~~

30 Days of Challenge
Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Movies that you love.
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
Day 13- Things that u hate the most
Day 14- A picture of you and your family
Day 15- A picture of younger you
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents
Day 25- Your dream wedding
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Peoples that annoy you

InsyaAllah akan aku usahakan..go go EYZ yehahhh

Tuesday, October 12, 2010

Usia Bukan lagi Rahsia

bufday gurl yg comei

10.10.10...Usia bertambah di angkanya tetapi tidak pada aku yg langsung tidak gusar pada angka itu..alhamdullilah semua yg dirancang berjalan dengan lancar. aku dok tggu lagi hadiah dari yg teristimewa ni. apa dia nk bg kat aku agaknya tahun ni..hehe dia suh aku pilih sendiri..apa nak demand ni ahaksss pokai la dia nanti kalau suh aku pilih sendiri ^_^


actually pada 10.10.10 aku buat majlis makan2 untuk kawan2 aku kat umah sewa tapi sedih jugak sbb x ramai kawan yg boleh hadir..masing2 ada komitmen lain akibatnya banayk la makanan yang berlebihan..aku tapaukan utk kakak ipar si dia dan kakak dia. Tapi aku bahagia sebab sepanjang hari dia ada dengan aku, langsung x meninggalkan aku sendirian sepanjang 10.10.10 itu. aku dah tua ke?

Umur bukan la gi rahsia hahhahha aku tidak TUA tetapi aku lebih bijak berfikir dan matang dalam kehidupan..bertambahan seangka di dalam usia bukan lah bermakna kita tua tetapi kita matang ye kawan2..
Thanks utk semua member yg wish besday aku n aku sgt rindu pada family aku pada ketika ini soksek soksek..sob sob...huhuhuh :((

Tuesday, October 5, 2010

Ada apa Dengan 10.10.2010

10.10.2010..ada apa dengan tarikh tu? yg couple akn betunang, yg betunang akan kahwin,ada yg nak dapat ank tarikh tu..special ke 10.10.2010?? YES, bagi aku setiap tahun pun 10 Oktober adalah tarikh yg SPECIAL. Why? Kenapa? kerana pemilik blog ini telah selamat dilahirkan di muka bumi ini dan yang paling aku bangga ialah aku dilahirkan sebagai seorang ISLAM.. Yes..itu yg specialnya tarikh ni utk aku..Thanks to my mom, wanita yang telah menanggung segala kesakitan dan melalui jerit perih sewaktu mengandung dan melahirkan aku..

aku nk story sikit pasal diri aku, pemilik blog ini kt korang semua. mcm la ada org concern sgt pasal ko..sighh** tetiba lak rasa mcm pemes amos lak. ada aku kisah??

  1. aku dilahirkan pada 10.10.1986 hari JUMAAT..hari mulia bg org islam. bukan senang nk dapat neh. abah aku ckp aku songsang, biasanya org songsang ni ada sedikit batu jugak dalam itu punya kepala..hikhik..aku degil..yes..betul..dalam adik beradik aku plg degil tp aku jugak plg hormat org tua..
  2. aku manja dengan abah..selalu dijadikan tmpt utk adik beradik aku yg takut kt abh aku nk mnta duit. aku akn ikt kemana ja abah aku p..pg2, aku dgn adk pompuan aku akn berebut nk naik motor dgn abh aku p sekolah n aku yg akn menang..sbb nya adk aku tu manja dgn mama aku so mama aku akn halang dia dr ikut aku..padan muka hg atin..ahhahhaha
  3. cucu kesayangan Tok Nordin dan Cik Senah ratu kebaya sbb aku cucu sulung pompuan abg aku cucu sulung laki..belah abh aku xtau la aku cucu yg keberapa, yg pasti aku syg dan rapat dgn tok Nordin dan Cik Senah.
  4. paling suka makan sambal udang Petai vs ayam masak kicap perghhh ni kalau aku blk cuti ni menu ni mesti ada, LALA rebus je pun xpa dah sekilo aku sorang xdak sapa leh share kedekuwt la hg ni ez sighhh^_*
  5. pemalu kotw dalam kelas dulu kecik2 boleh caya x ayat pemalu tu?..tp masa sekolah rendah lg dah jadik pengawas sampai la sekolah menengagh aktif giat semua benda pun aku nk ceburi eh silap..bukan aku nk ceburi tp cikgu paksa aku dan aku dgn rela menceburkan diri aku kedlaam semua kegiatan2 yang tidak bermoral itu. sampai pernah abah aku mai sekolah marah pengetua padan muka kau pengetua yg tua mcm xdak murid lain nk msk itu ini. mmg xdak pun sbb aku je yg bgs cemerlang gemilang hahahha semua aku balun, dari pantun, forum, bahas bm bi, netball, badminton, lari pagar sekolah ,pendek kata selagi belum tutup mata main main masuk itu ini lah. giat kan?? apa motip hg cita semua ni? blog aku aku punya suka la.
  6. paling garang dalam adik beradik but now jadi hot cousin semua pakat rindu aku suh blk penang. aku jugak jadi pendengar kalau mama ada prob, abh ada prob, adk gaduh abg, adk gaduh adk telinga aku ni jd pendengar la. BUT i.m not a fire stone hoccay hhehehe.
  7. Anis Aadani Mokhtar satu2nya kawan sepusat sepusing lain mak lain ayh yg aku dah anggap mcm adik bradik sendiri yg sentiasa ada dikala aku sedih,ketawa,riang,muram,kecewa apehal banyak sgt ekspresi hg wujud dlm hidup aku ni.. aku kenal dia sejak kecil lg family kitaorg dh kenal sejak tahun gajah lg, mmg dh mcm satu famliy. Aku ada dia dan dia ada aku..antara kami tiada rahsia. dulu kecik2 main raksasa2, ultraman dtg lawan dgn raksasa tu..hahah yg jd ultraman kami la adik braidk pompuan n yg lelaki jd raksasa..hahha yg jd mangsa selalunya abg aku la hadoii gelak besar hahahhahaha
  8. last, aku xtau nk cerita apa dh. life aku xda la best sgt pun sbbnya aku x igt dh masa aku zaman gajah dulu. next n3 aku nk buat besday wish list la kot..tengah x rajin nk update blog. terima la serangkap pantun dari aku yg best ni :-
Anak ikan mati terjerat
tulang terlekat dicelah gigi

besday aku mcm dah dekat

umur tambah seangka lagi



Sekian laporan dari saya........................

Monday, September 27, 2010

Ada Cerita

sgt mls nk update..bnyk story nehhh!!! tggu jap nk g panggil cleaner dtg bersihkan blog dulu..chowwww

Thursday, August 26, 2010

yeayyy

yeayyy esok raya cuti!! sabar nak balik kampung..leh berbuka dgn family, abg adik, ank buah yg comel2 dan tembam...eee geram mummy^_^ mcm2 nak minta mama aku msk ni. ma, ma masak lauk2 yg macam nie ekkk nyummy nyummy~~ alamak air liur aku dh melecur ni adehh dush dushhh hambek ko ez..gatal sgt pepagi dh pk nk order kt ma ko..dushhh hambekkk lg aiyakk!!


x nampak best ke ni beb^_^





i want this mummy!!


leleh dh nie~~

amacam beb?? nk join aku zoommm ke Penang x??hehhehe my mom is a good cooker wahhahhaha


Monday, August 9, 2010

Tag ^_^ Puasa oh Puasa

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Errr… hari2 aku puasa penuh sebelum aku msk ke alam anak dara nie....ehhehe..

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
pernah aishh xkan kot..aku rasa aku ni cun baik, beriman

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
siap terbakor aku nye kaki n peha ayam aku ni tau main bunga api baling.sadiss siott

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Murtabak Pasar Malam Sg. Bakap..perghhh meleleh air hingus liur dowhhh

Lagu raya manakah yang anda suka??
Satu hari di Hari Raya, 2 hari di hari raya, 3 hari di hari raya, 4 hari di hari Rayaaa....(sila nyanyi ikut nada yg betul) ^-^


Tahun ini anda beraya di mana??
Penang -----> Kelantan------> Penang

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
sapa berani bagi aku bertugas di PAGI RAYA??? Huwaaa mau aku menangis gak nanti

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
makan nasi ayam kicap manis kuih2 raya yang manis..itu lah kenangan manis..

Sapa kena buat tag ni??

> Yan (aku tahu ko xdak keja tp buat bz jer)
> Ekin JB (TQ Mon tlg aku hehhehe meh buat tag meh)
> Wani DSK
> Kak Una (cik engineer, meh wat tag meh)
> Ixca
> Intan (banyak kan berehat mummy)
> Pah ( syiqah sgt comel)

Tuesday, August 3, 2010

Pemarah

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

psstt: Guna Hijau kerana Hijau warna Syurga =)


Thursday, July 29, 2010

Tag : wajib buat



1. Adakah anda rasa anda HOT???
HOt tu kan panas...aku ni manusia la...

2. upload gambar kegemaran anda


3. cerita pasal gambar
kat bukit fraser...rasa mcm cun jer ms nie hhhahah nmpk natural gedikss

4. bila kali terakhir anda makan pizza
Lunch hour hari jumaat 3minggu lepas with my bos, kak fod n abby :))

5. lagu terakhir anda dengar
aku dengaq mcm2 lagu sampai lupa lagu apa yg last

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
dengaq lagu sambil dok pikiaq nak menipu apa dlm tag nie

7. selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
Baby/Bby: Family n cousin
ilya/ya:almost yg plg aku dgq org pggl aku
kakak:Adik yg ke 3 aka Atin
Eyz:classmate poli


8. tag lagi 8 orang
nie yg serabut nie hadoiii

9. siapakah orang no.1 kepada anda
CLassMate masa poli dulu..bilik selang 2 3 buah bijik keta ferari smpai la bilik dia ahakss:)

10. kata sesuatu mengenai orang no. 5
sgt cute, comel..


11. no. 3 ada hubungan ngan siapa
hubungan sulit dgn suami dia la..aiseh..maap la aku xtau nama laki ko hahaha

12. bagaimana pula dengan no. 4
ini budak kecik plg kecik dlm class aku dulu..so cute n sgt lembut..heehe

13. pesanan kepada orang no. 6
xtau la eazy ni kenal ke x dgn eyz..nama dh dekat sama dh tu..

14. kata-kata cinta tok no. 2
oitt jgn MALAS!!

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
NO!! depa xkenal sesama sendiri pun..jgn tnya soklan mcm ni blh x?? aku sekeh kang

16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
xdak sapa pun tag aku..ni aku ambik dr blogwalking hahahhaah (mcm pencuri daa...)


17. persamaan antara kambing ngan lembu?
enak dimakan masa panas.haiwan yg akn jd mangsa bila Raya tiba wahhahaha gelak jahat

18. perasaan anda buat tag ini
ermmm ermmm ermmmm emrmmm

19. apa pendapat anda ttg artis yg rampas laki org tu si M dan si F?
biar la tuhan yg membalas kejahatan mereka..

20. GAY or LESS??
Dua2 perkara di laknat Allah S.W.T..berani buat la!

P/s : ada soklan yg aku tukaq ni..suka hati aku la wehh..ahakss!!



Thursday, July 8, 2010

Cermin diri sendiri dulu

Selalu sangat kita nampak orang punya silap.Orang punya salah. Orang punya kejahilan.Orang punya kekurangan.Orang punya kecacatan.Dan segala-gala orang punya.


Itu yang buat kita susah sangat nak nampak salah silap kita. Yang sebenarnya kita pun tak berapa betul. Yang sebenarnya hidup kita pun pincang. Yang nyatanya hati kitapun tak bersih. Yang selalunya kata-kata kita pun kurang ajar dan tak fikir apa perasaan orang.


Memang senang kita nak tegur orang, nak nasihatkan orang, nak kutuk orang, nak perli orang, nak merendah-rendahkan orang lain.Walhal memang terang-terang orang yang kita tegur tu lebih baik dari kita. Dan kita sebenarnya lebih teruk daripada diaorang.Dan sebenarnya kitapun bukanlah baik sangat pun.Tapi nak jugak tunjuk macam kita ni baik sangat kan. Asalkan orang yang kita kata tu nampak buruk.


Jadilah manusia yang ikhlas. Kalau bagus...boleh puji, puji sahajalah. Asalkan ikhlas. Jangan kekotoran hati menafikan kebagusan dia dan mengatakan yang dia tu buruk.Kalau tak suka tak perlu menyakitkan hati orang mengutuk begitu begini.


Lihatlah diri sendiri. Kajilah kekurangan diri. Renunglah adakah aku ni memang manusia baik, beriman dan dah cukup bersihkan hati ini. Tak perlu nak highlight kekurangan orang...nak singgung perasaan orang dan menggambarkan yang kita ni baik sangat. Tak perlu!

psstt : Rencana ini diambil tanpa izin dari Blog mama Hanis Zalikha...ampun ibukkkk!!