Thursday, December 30, 2010

Cuti Bola


Dengan ini saya umumkan 31/12/2010 adalah cuti Bola!!! Yuhuu Tahniah Harimau Malaya Menang dengan Agregat 4-2 Menentang Garuda Indonesia!! Yihaa...hari ni Najib umumkan Cuti Umum yer adik2..meh copek kita pk apa program esk. Shopping? Picnik? ehhehe best2..


psst psst : K. RajaGopal, why u x ambik my BF main bola?? huhuhu dia terer tau :)p

Friday, December 17, 2010

Syoknya Family Day

N3 agaknya dh basi kot..lama dok dlm draft aku. X kira ahh today aku publish jugak. Gambar pun dh dapat semua. Family Day PTSL kat Hots Spring Sg. Klah, Sungkai, Perak daa.. sgt best, dah lama x bersuka ria macam tu. Aku terlibat sepenuhnya sebagai Penyelaras Sukaneka. Tapi aku sempat juga menyelit satu dua acara dalam tu. Nak publisiti murahan. Biasa la kan. Eyz mmg mcm ni hohoho

Layan pic lebih bagus dari baca aku membebel(^_^) Moh moh~~


Baru sampai je ms ni x sememeh lg:)

sgt bertuah yer hik hik :)

My bos, Bos Bahagian^_^

Budak pemalu anak Bos

tuju-tuju :)

Tuju Dart nak tgk x menang ke x?

tu dia, tgk anak sapa tu, 2nd place hehe, tu Ketua Pustakawan UKM kalau nak tau..num hp cari lam laman web hoccay..


serang ayaq hangat jom!!!

ehem ehem uhuk uhuk dia turut terselit hihihi


sememeh dah;(

melantak kt Rnr Ulu Bernam masa odw blk..

Serius best jugak la p sana boleh bergumbira sambil beraktiviti..dia kata best n nk p lg..kami x p naik bus..konvoi ramai2 ngan keta..mereka2 yang naik bus lambat gila sampai..hahhaha..boleh anda beramai2 mengajak suami, kawan2, dan juga ahli keluarga mandi air panas n merebus telor kat sana pun boleh..aku xsempat nk snap pic pun tempat rebus telur dlm kolam tu tp aku rasa sgt darak opsss terkeluaq bahasa kelantan aku, means sgt mcm x biasa plak rebus telur dlm ar panas bezanya kali ni rebus dlm kolam di mana ramai org sedang merendamkan kaki mereka ke dlm itu huhuhu..x sanggup aku nk mkn tau.

Best x tgk pic aku? hahha muntah hijau wink wink**

Monday, December 13, 2010

Wanita, Kerana Sayang

Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu~

Wahai Wanita, Kerana sayangnya aku pada mu, ku kirim ini buat tatapan dan renungan kita bersama.



Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s.
Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s.
Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita?
Wanita mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan di muka bumi ini.
Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisaa'.
Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan,
"seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya."
Ingatlah akan Sayyidatina Khadijah r.a., dan Masyitah.
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung.
Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek.
Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.
Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia.
Mereka itu adalah wanita...
yang menundukkan pandangan mereka,
menjaga aurat mereka,
memelihara malu mereka,
yang memelihara perilaku mereka...
serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.
Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga...
oleh seorang wanita Islam.

Dalam sebuah hadis,
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki. Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup.

Ingatlah wahai wanita,
tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.
Ingatlah wahai wanita,
sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka.
Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu.
Ingatlah wahai wanita,
kepanasanmu bertudung,
longgarnya pakaianmu,
panjangnya lengan bajumu,
panjangnya sarung kakimu,
sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu...

ganjarannya SYURGA di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya...


gambar ni berkaitan:)



(Riwayat Muslim) Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."
Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Syurga itu impianmu, MAKA ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda.


WANITA DAN MALU

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki...?” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu”

Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita, ianya akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat akan diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat akan kelihatan menawan, apabila berpakaian seksi akan dipandang menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian lelaki terhadap wanita. Ianya bergantung juga pada lelaki yang memandangnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat. dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak. Hendak mendedahkan aurat, dia takut kalau ada lelaki mengganggunya dan hendak berjalan seorang, dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak dan media elektronik bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya. Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.


SATU ORANG WANITA DAPAT MENARIK EMPAT ORANG LELAKI MASUK NERAKA

Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a :

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

  • Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
  • Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
  • Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:

  • Jujur dalam berkata-kata
  • Menjauhi segala yang haram
  • Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

  • Takut berlaku dusta dan keji
  • Menjauhi kejahatan
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. :

Pertama:-ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat….. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Allah, aku rasa aku menzalimi abah aku sendiri..menitis air mata aku tatkala membaca ini. Ampunkan dosa hambaMu ini Allah. Kasihanilah abah aku kerana dia insan yang aku syg tetapi sygkah aku pada dia jika aku tidak menutup aurat ku, Sayangkah aku pada dia Allah jika aku meninggalkan solat ku, Sayangkah aku pada dia jika aku berdampingan dengan bukan muhrim ku, Sayangkah aku Ya Allah pada dia jika aku berbuat semua dosa2 itu manakala dia tidak seperti aku sujud pada Mu 5 waktu sehari semalam, sentiasa membasahkan bibirnya dgn alunan zikir kepada MU tetapi aku senang memusnahkan amalan2 nya itu. SubhanAllah.

Kedua:-suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram…, apabila suami mendiam diri…… walaupun dia seorang alim yang sholatnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya….. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM…. tunggulah tarikan adiknya di akhirat

Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak……. nantikan tarikan ibunya Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…. maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya.

Firman Allah swt:-
“Hai anak adam peliharalah diri mu serta keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu…” Hai wanita, kasihananilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda… kasihanilah mereka dan diri mu sendiri….. jalankan perintah ALLAH SWT dengan sungguh-sungguh dan dengan ikhlas… Semoga Kita Semua Tergolong Ahli Syurga Yang Memasuki Nya Tanpa Hisab Amin…Ya Rabbalalamin

syg mereka sob sob ;(

Friday, December 3, 2010

Down

Hati sgt sakit. Sakit sbb disakiti. WHy? Why? Why? uishhh bnyk tanya sgt. Aku rasa sgt down. HUH!! Xmo update blog lah..kang xpasal2 kuar semua ayat yg anda semua x faham. Aku xkn translate ok. Tggu Mood elok.

Entry paling pendek. Sekian terima kasih ;(