Tuesday, May 10, 2011

Fitnah dan manusia...

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Oleh itu dosa ini dikategorikan sebagai dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah SWT kecuali orang yang membuat fitnah itu sendiri meminta ampun dari orang yang difitnahnya.

Masa kini, menyebarkan fitnah seolah perkara yang kecil dan menjadi kebiasaan terutama sekali orang Melayu yang mengaku berugama Islam. Fitnah mereka seolah mendapat restu dari orang yang tertentu. Golongan ini menganggap, merekalah yang cukup berkuasa diatas bumi Allah ini. Undang-undang ditangan mereka. Hakim dan mahkamah akan menyebelahi mereka dan merekalah juara diantara juara membuat fitnah, menabur fitnah secara terang-terangan. Nau'zubillah minzalik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui blog, media tempatan yang berleluasa. Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka.

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Yang mempunyai blog sendiri secara tidak disedari menjadi agen pembawa fitnah yang maha dasyat ini perlu berhati-hati kerana fitnah bukan perkara kecil. Kamu juga nanti akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam bersama tukang pembuat fitnah.

Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :

1. Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Mempelajari Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman mereka dengan ajaran Islam dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.

2. Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain
memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?

Wahai tukang pembuat fitnah! Pahala yang terkumpul dari ibadah yang kamu lakukan semasa hidup akan terhapus oleh fitnah kamu. Apabila dibangkitkan nanti, kamu adalah diantara orang yang muflis kerana semua pahala kamu telah diberi kepada orang yang kamu telah fitnahkan. Ketahuilah bahawa seksa kubur itu sangat dahsyat siksaanNya.

aku sebenarnya dah hilang sabar dah dengan fitnah2 yang kerap aku dengar pasal diri aku. Kesabaran aku dh hilang tapi aku masih belum mahu meletup lagi sbb aku xmau jd bodoh seperti mereka si Penfitnah!! Allah Maha Mengetahui...aku yakin DIA ada bersama aku..

Kepada penfitnah, terima kasih sebab meningkatkan populariti aku, aku x rugi sesen pun dgn semua fitnah korang tu, n aku harap korang akan bahagia di neraka nanti sbb aku x kan pernah maafkan mulut2 firnah korang selagi korang x dtg minta maaf kat aku... Renung2kan dan selamat beramal..T______________T

2 comments:

AiDa AzRyN said...

biar je kak.. org dok fitnah bukan dapat hadiah kereta mercedes pun.. dapat tambah dosa lagi ada la.. sabar ye kak. ;)

lyaeyzia said...

entah nye kan akak rasa dorang dpt keta kot hehehhe x pun banglo sejibik siap kolam renang air panas lg dari neraka ahakss