Friday, May 27, 2011

Xberadab atau x dak adab? eh bukan sama ke




Perhatian!!
N3 ni ditulis dalam keadaan marah dan x phm. xphm sbb aku xphm kenapa wujud org mcm ni. korang ce gitau aku, org ni xda adab atau x tau adab atau bengap..opsss termaki.. balik keja penat2, msk umh bg salam, mcm biasa la kan..biasanya housemate aku yg keja mlm ni pasti melepak tgk tv, aku msk tu aku nmpk kepala kt sofa dia tu igtkan dia la kan..tutup pintu umh, dgr mcm org mengemas dapur, eh ada plak dia kt dapur sapa kt sofa..aku bg salam lg sekali rupanya opismate dia pun tersadai kt sofa. ok fine, tu aku x kisah tp yg buat aku heran, member dia tu xtau adab atau xdak adab?? dia sedar ke x dia dok dlm umh aku sekarang ni.. dia langsung x bgn , just tunjuk muka dia tu nthen dia tersadai blk grggggggghhh Pls la, mak ko xajar ek suh salam dgn org klau ko dtg umh org..mcm aku plak dtg umh dia..aku xdenye nk g salam sua tgn comolot eh silap cium pp bagai dgn ko sbb THIS IS MY HOUSE!! hah hambek dh speaking ni mrh la ni..ish ish.. aku xphm aku kesian dgn dia yg x tau adab..masa blk pun sama, kuar gitu je, hbs aku ni tunggul ke dok tgk tb kt situ ko nk blah dari umh aku at least ko gtau klau ko xnk ucap thanks sekali pun sbb aku x hidang ko minum sbb ko x jd tetamu aku pada saat ko tidak mesra dan tidak bersalam dgn aku.

rasa nk wat gni je kt die tu

aku harap pasni dia xdtg umh aku dah n pls la housemate aku klau boleh jgn bwk member yg xdak adab mai umh kita ni.. aku x kisah la korang nk ckp aku ni gila cerewet atau so fussy but ni ajaran adab agama kita..so pls respect each other n klau x tau adab, ko g belajar dulu cara2 nk beradab ko google je kuar senarai panjang ko hafal la minah oiii weeeeeeeee***

p/s : xtau adab jgn masuk umah...


Monday, May 23, 2011

Tag-Many Q

Name 5 people you can think of right off the top of your head.
Don't read the questions until you write the names of the 5 people.
No cheating please!

Mama
Abah
Fakrul
Tokwan Maktok
Farel,Adam, Izz (ikut suka aku nk main tipu pun)

Reminder : Don't read ahead unless you fill above names first!

Question 1 : How do you meet 1?

selama 9 bulan aku dalam perut dia, dia menerankan aku supaya aku bisa melihat dunia indah ini, dia segalanya...


Question 2 : On the Scale of 1 - 10, how you rate your
relationship with no 1?

tiada nombor utk diri nya, kerana dia terlalu berharga T____T


Question 3 : How long have you known 4?

25 years old..umur aku sekarang



Question 4 : How do you know number 3?

Perpustakaan UKM, as a friend pada mulanya nthen aku jatuh cinta auwwwww


Question 5 : Where 5?

tgh menyusu kot semua depa tu..

Question 6 : A Fact about number 1?

Zarina Nordin
Penang Woman which i love so much!!!


Question 7 : Who is no 4 going out with?

dgn no. 4 gak tu...


Question 8 : What does no 1 do for living?

bgn pagi masak, iron baju abah bj danial,,
kemas umah..jaga farel...
masak again..hehe..

Question 9 : Would you live with number 3?

all my life i'll spend with him, insyaAllah...


Question 10 : What do you like about no 2?

my Dad?? owh so much..tegas, displin, kreatif,sensitif pun dia gak..hehhehe


Question 11 : Do you miss number 5?

sumpah rindu sgt2 kt 3 org budak kecik debab noty2 tu...


Question 12 : Would you make out with number 4?

i wish if i can..



Question 13 : What's your opinion of number 2?

best dad..


Question 14 : What is your fav memory with number 5?

bgn tido ja dh senyum2..x ngs pun especially Adam debab :)


Question 15 : What would you do if number 1 going out with number 2?

loving couple bercinta lagi hahahha

Question 16 : ever had a long conversation with number 5?

xpnh kecik lg xreti ckp..

Question 17 : have you ever slept at number 2's house?

of kos lah umh aku juga hahhaahha


Question 18 : Do you hang out with number 3 often?

always...p mana pun dgn dia ja...

Question 19 : Who do you known the longest?

1,2,4...don't ask y klau xmau rasa kaki..


Question 20 : How often do you talk to number 1?

seminggu 3 kali rasanya...


Question 21 : What about number 2?

sama dgn no 1 tp kurang la sbb comfirm aku ngs klau ckp ngn dia..huhu


Question 22 : Have you ever thought 3 more than a friend?

ahakss soklan apakah..memang dh lebih pun hahahha


Question 23 : May be you want to go out for a date with number 5?

bucuk2 mummy, jom dating LOL:p


Question 24 : Do you dream about number 2?

dream?? apakah..


Question 25 : What did number 4 did to you that you never forget?

kalau demam, ambik aku dok umh depa nthen depa akan jaga aku dari mlm sampai pg letak ayaq asam jawa kt kepala..hoho so sad..miss that moment..

Question 26 : What have you done to number 1 that he/she never forget?

entah...mama x pnh ckp pun..mcm2 dh aku buat hehhe

Question 27 : What is number 3's hobby?

Snooker,bowling, main psp n errrr dating ngan aku kot aahahahha

who do you want to tag :

semua follower..

Tuesday, May 10, 2011

Fitnah dan manusia...

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Oleh itu dosa ini dikategorikan sebagai dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah SWT kecuali orang yang membuat fitnah itu sendiri meminta ampun dari orang yang difitnahnya.

Masa kini, menyebarkan fitnah seolah perkara yang kecil dan menjadi kebiasaan terutama sekali orang Melayu yang mengaku berugama Islam. Fitnah mereka seolah mendapat restu dari orang yang tertentu. Golongan ini menganggap, merekalah yang cukup berkuasa diatas bumi Allah ini. Undang-undang ditangan mereka. Hakim dan mahkamah akan menyebelahi mereka dan merekalah juara diantara juara membuat fitnah, menabur fitnah secara terang-terangan. Nau'zubillah minzalik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui blog, media tempatan yang berleluasa. Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka.

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Yang mempunyai blog sendiri secara tidak disedari menjadi agen pembawa fitnah yang maha dasyat ini perlu berhati-hati kerana fitnah bukan perkara kecil. Kamu juga nanti akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam bersama tukang pembuat fitnah.

Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :

1. Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Mempelajari Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman mereka dengan ajaran Islam dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.

2. Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain
memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?

Wahai tukang pembuat fitnah! Pahala yang terkumpul dari ibadah yang kamu lakukan semasa hidup akan terhapus oleh fitnah kamu. Apabila dibangkitkan nanti, kamu adalah diantara orang yang muflis kerana semua pahala kamu telah diberi kepada orang yang kamu telah fitnahkan. Ketahuilah bahawa seksa kubur itu sangat dahsyat siksaanNya.

aku sebenarnya dah hilang sabar dah dengan fitnah2 yang kerap aku dengar pasal diri aku. Kesabaran aku dh hilang tapi aku masih belum mahu meletup lagi sbb aku xmau jd bodoh seperti mereka si Penfitnah!! Allah Maha Mengetahui...aku yakin DIA ada bersama aku..

Kepada penfitnah, terima kasih sebab meningkatkan populariti aku, aku x rugi sesen pun dgn semua fitnah korang tu, n aku harap korang akan bahagia di neraka nanti sbb aku x kan pernah maafkan mulut2 firnah korang selagi korang x dtg minta maaf kat aku... Renung2kan dan selamat beramal..T______________T

Thursday, May 5, 2011

Siapa Tegur

psttt psttt aku de story yg pasti menaikkan segala bulu yg ada kt badan korang huwaaaaaaaaaaaa sedih seram siott ngeee ngeee uishhh mcm xmo cite je tp nk gak cite..dgr ni awok nk story..

Masa tu tahun 1996 if i'm not mistaken cewah tu pentingnya english education ahakss .. kak shada, jiran sebelah umah aku ajak tido umh dia..masa tu dia dajah nam aku dajah 4..aku x tau apa2 lg masa tu yg aku tau hanya nk bermain anak patung ala-ala barbie dan main masak2 ja hahaha jahanam lah patung tu..kitaorg tido lewat mlm tu sbb nak berfacebooking bercerita pasal sekolah, boyprenn ok aku tipu kecik2 dh gatai :p

mlm2 kak shada ni suka dgq radio kedah..mlm tu plak kebetulan radio kedah punya sembang mlm pasal kesedihan...aku igt lg ada yg kol ngs2 pakwe dia ceraikan putus dgn dia..aiseh pakwe pts mmg la sedih kan guling ngs lam bathtub sambil nyanyi lagu kuch kuch hota hai ..ok aku tipu lagi...tepat jam 12.26 am, kami terdiam sbb ada sorang pemanggil ni telah menyebabkan aku nk blk umh aku tembus ikut dinding bilik Kak shada ni je..lebih kurang mcm ni la dialog pemanggil (aku namakan dia as adik) dgn Dj bertugas...seram nokksss

DJ : hello ye siapa di sana dan apa kisah sedih anda..boleh kita kongsi sama2 dgn pendengar lain yer..

Adik : hello kak lin..adik di sini...adik tgh sedih ni kak lin..

Dj : yer dik, awat adik sedih, ce cite ce cite haishh silap habaq mai dik...

adik : 3hari lps, adk dgn keluarga adik g bercuti ke Cameron Highlands..best sgt kak..sejuk.. ramai sgt org..adik tgk ada buah strawberi,ladang teh, ada icecream yg fresh sgt rasa buah strawberi dia..happy je adik dgn family adik kak..kami bergambar gelak tawa sama2..abg adik petik daun teh pastu dia gigit daun teh tu kak..kami semua gelak je tgk muka dia bila dia rasa daun tu pahit hehee..seronok kak..

Dj : mesti adik happy kan dapat bercuti dengan family...tapi kenapa adik sedih sgt mlm ni..

Adik : masa packing2 brg nk check out hotel, sayu hati adik kak..adik syg nk tinggalkan tmpt ni..cantik dan sejuk..kalau balik umah adik, panas nanti n xda buah strawberi lagi..pastu kak, masa blk turun2 bukit tu, abah adik mengantuk..dia x dapat kawal kereta lalu....tskkkk tskkk (die ngs ni...)

Dj : adik, sbr dik...tarik nafas..cerita kan apa yg berlaku..pasti semua pendengar nak tahu..

Adik : kereta kami jatuh gaung kak...dalam sgt2...adik sedih kak...abah adik mati, ibu adik mati...abg adik mati...kakak adik mati....ermmm

Dj : Innalillah...adik bwk bersabar yer..adik x de cedera apa2 ka?

Adik : kak....tskkk tskkkk (ngs lg ni) adik punnn mati kak....dh 3 hari kami kt sini, xde sapa pun dtg tolong kak...hhuhuhuu (time ni adik tu mengilai dh)

tettttt tuutttt utttttt talian pun terputus..aku yakin Dj yg bertugas mlm tu pengsan sbb lps talian di putuskan , dia terus mainkan lagu2 x berhenti2 dan lgsg x dgr suara dia..huhu aku dgn kak shada apa lg...jerittt makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

terus tido berhimpit masuk lam selimut.. Seram beb..dh la kecik lg masa tu..skrg dh beso xde aku takut2 dh T____T

Cerita yang aku karang ni cerita beno yer, pengalaman aku sendiri..Cik Wanie yg anjurkan GA Siapa Tegur, aku xdak pilihan melainkan perlu memilih baju kurung ni la...dh tu je size aku nye ngehhh ngehhh


Sesapa yg berminat nk join GA ni, sila klik sini... moral of the story, tido la terus, jgn dgr radio tgh mlm..mcm2 bunyi korang akan dgr nanti..peace