Friday, November 11, 2011

11.11.11

This date semua org tunggu2. ada apa? nothing..sekadar nombor yg cantik. yang mak buyung tunggu tarikh ni nak paksa baby keluaq, gila..bak kata ustaz azhar, "tanpa iktikad apa2 pada tarikh tersebut tidak berdosa, tapi BODOH". Hah Hambek Kau!! hahahha..aku rasa mereka yang memaksa anak untuk keluar pada tarikh ini bodoh, Allah, ceteknya pemikiran manusia.

Tarikh ni juga menjadi pilihan kakak kesayangan, Opismate aku Noor Marina Yusoff mengikat janji sehidup semati dengan pilihan hatinya. Aku yang comel ini telah diberi amanat cewah amanat gitu jadi pengapit yang tersepit lagi untuk kali yg keberapa tah, jenuh melaram la aku :p Petang ni aku gerak g Negeri Sembilan, katanya menikah pas asar. Aku harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. Buat Kak Ina, yaya doakan kehidupan baru akak bermula 11.11.11 ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. CIk Pengapit akan tiba pada waktunya, jgn takut ek...i'm always be on your side hehehe aku harap aku x emo lebih2 la satg noo kuikuikui

Bak kata seseorang yang rapat dgn aku, tarikh ni xbest, yg best 1.11.11 hahhhahah apa yg terjadi pada tarikh tersebut? RAHSIA!!! hahhhaa aku akan cerita nanti la bila aku dah bersedia keep counting guys ^_^

aku rasa ramai yang belum tahu aku sekarang sudah single..yes SINGLE...keseorangan kembali, tanpa dia di sisi. Aku bukan tulang rusuknya..x sesuai hahahhah Allah dah tetapkan itu, so aku redha. Jujur aku redha. Aku bisa buang semua rasa cinta aku ni andai ada yang lain sudi bertakhta dalam hati andai aku ini tulang rusuknya... SERIK?? aku x pernah rasa serik. kenapa harus serik? wanita mmg diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk melengkapi wanita. benda yang mmg xboleh kita sangkalkan pun, so watpa nak malu atau rasa serik? awat, nak bercinta dgn pompuan plak ka? mmg x arr kan... koje gila namanya..

Ok, cukup aku membebel. Tarikh ni NOTHING ok.. Sekian, hg pikiaq la sendiri nooo *_*

Friday, November 4, 2011

Perpisahan

Pepatah yang selalu kita dengar, seseorang itu akan belajar menghargai hanya bila dia dah kehilangan orang yang dia sayang. Kenapa macam tu ye? Walaupun pepatah ni dah lama tapi sampai sekarang masih dengar banyak cerita yang serupa. Bercakap soal perasaan, takkan ada siapa pun akan menemukan jawapan yang selayaknya kita mahukan. Kerana manusia itu fitrahnya mudah lupa dan lalai walaupun berhadapan dengan satu satunya insan yang paling kita tak dapat hidup tanpanya ketika ini.

Manusia mudah ego bila malu untuk berdepan dengan perasaan sendiri. Jadi di mana nilai cinta dan kasih sayang? Cinta selayaknya dilafazkan bukan disimpan. Ada yang kata lebih baik diam, tapi kalau diam itu meleret kepada tekanan perasaan yang amat teruk macam mana pulak. Jangan pandai menghukum kalau kita sendiri tak tahu macam mana rasanya memendam perasaan! Hati kita sangat halus walaupun ia kental.

Bila kita kehilangan, baru kita akan tahu erti cinta yang sebenarnya. Kita mungkin boleh ego depan dunia, tapi kita akan kalah saat kita berseorangan dalam sunyi. Mengaku je lah! Takkan ada manusia yang mampu melawan kuatnya rasa hati yang sedang mencintai. Kerana cinta adalah anugerah teragung yang Allah berikan supaya kita padamkan perasaan benci dan kekejaman dalam hati kita. Bila ada cinta, itu maknanya kita tahu menjaga anugerah yang Allah bagi.

Sakitnya kehilangan, sesiapa pun takkan mengerti melainkan kita sendiri, jadi jagalah si dia dengan sepenuh daya kita. Dia mungkin akan bersabar dan menurut semua karenah kita, dia mungkin akan bertahan kerana dia mencintai kita, tapi bila kesabarannya dah habis? Bila dia dah tak dapat bertahan lagi? Satu satunya cara untuk kita terus memiliki dia adalah kita berikan cinta untuknya sepenuh hati, bukan berbelah bagi.

Entry ni aku dpt dari satu blog..x igt dari mana. Ianya mmg kena dengan aku. Tepat menusuk di hati aku. Orang yang cinta dan sayang selama ini sudah bukan milikku lg. Aku redha dengan perpisahan ini. Aku bukan tulang rusuk dia. Baru sekarang dia nak menghargai segala apa yang pernah aku lakukan dulu, sudah terlambat. baru sekarang nak rasa apa itu kehilangan sejak 3 tahun aku setia menanti cinta mu itu..aku redha sekarang Ya Allah dia bukan milikku. Selamat tinggal Cinta.