Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu~Wahai Wanita, Kerana sayangnya aku pada mu, ku kirim ini buat tatapan dan renungan kita bersama.
 Penciptaan  wanita bermula dari Hawa a.s. 
Beliau dicipta dari tulang selangka kiri  Nabi Adam a.s. 
Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? 
Wanita  mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. 
Di  dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai  wanita iaitu surah An-Nisaa'. 
Malah ada kata-kata bijak pandai  mengatakan, 
"seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di  belakangnya."  
Ingatlah akan Sayyidatina Khadijah r.a., dan Masyitah. 
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. 
Dari susuan seorang wanita  juga lahirlah manusia yang intelek. 
Dari asuhan dan tarbiyyah seorang  wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa. 
Sesungguhnya dengan agama  sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. 
Mereka itu adalah wanita...
  yang menundukkan pandangan mereka, 
menjaga aurat mereka, 
memelihara malu  mereka, 
yang memelihara perilaku mereka...
 serta patuh dan tunduk kepada  semua tuntutan yang telah disyariatkan. 
Aurat merupakan antara perkara  utama yang perlu dijaga...
 oleh seorang wanita Islam. 
Dalam  sebuah hadis, 
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Terdapat  99 bahagian  tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah  kurniakan ke atas  mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 
Hadis  ini menunjukkan betapa  besarnya tarikan wanita terhadap seorang  lelaki. Sesungguhnya makanan  yang sentiasa tertutup itulah yang akan  menjadi rebutan berbanding  dengan makanan yang terdedah dan tidak  tertutup. 
Ingatlah wahai wanita, 
tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja. 
Ingatlah wahai wanita, 
sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan  lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. 
Iaitu ayahmu,suamimu,anak  lelakimu serta adik-beradik lelakimu. 
Ingatlah wahai wanita, 
kepanasanmu  bertudung, 
longgarnya pakaianmu, 
panjangnya lengan bajumu, 
panjangnya  sarung kakimu, 
sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat  Islam itu...
 ganjarannya SYURGA di akhirat kelak.
Kebaikan itu  adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang  tergetar dalam  diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia  kepadanya...
gambar ni berkaitan:)   (Riwayat Muslim) Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang  berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut." Abu Darda' pernah  menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam  keraguan" Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.  Sesungguhnya  al-Quran  dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita.   Syurga  itu impianmu, MAKA ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan  pelbagai  kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang  menggoda.
WANITA DAN MALU 
“Apakah  istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian  lelaki...?”  Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai  kumbang dan wanita  pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga,  lelaki tentulah  suka kepada wanita. Lalu wanita menjadi sasaran usikan  lelaki, di  mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi  perhatian  oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam  sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
“Terdapat  99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan  ke atas mereka sifat malu”Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita,  ianya akan mendapat perhatian  lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,  apabila berbuat jahat akan  diminati, apabila memakai pakaian menutup  aurat akan kelihatan menawan,  apabila berpakaian seksi akan dipandang  menggoda, dan pelbagai lagi  menarik perhatian lelaki terhadap wanita.  Ianya bergantung juga pada  lelaki yang memandangnya.  Oleh sebab itu  Allah s.w.t telah  mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat  malu itu mereka  akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang  tindakan. Kalau hendak  berbuat jahat. dia akan memikirkan kalau-kalau  ada orang yang akan  nampak. Hendak mendedahkan aurat, dia takut kalau  ada lelaki  mengganggunya dan hendak berjalan seorang, dia takut kalau  ada orang  mengusiknya.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,  Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu tidak malu, buatlah  sesuka hatimu.”
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu  itu adalah pokok  akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.   Apabila tidak  beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara  automatik akan  hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan,  buktinya boleh  dilihat di mana-mana. Melalui media cetak  dan media  elektronik bahkan  di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan  kemungkaran berlaku,  tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang,  wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi   serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi   sepenuhnya. Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat   malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan   ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan   terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.
SATU ORANG WANITA DAPAT MENARIK EMPAT ORANG LELAKI MASUK NERAKAWasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a :
Wahai  Ali, Bagi orang 
mukmin ada 3 tanda-tandanya:
- Tidak terpaut hatinya pada  harta benda dunia 
 - Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 
 - Benci  terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
 
Wahai Ali, Bagi orang 
alim itu ada 3 tanda-tandanya:
- Jujur dalam berkata-kata 
 - Menjauhi segala yang haram 
 - Merendahkan diri
 
Wahai  Ali, Bagi orang yang 
takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
- Takut berlaku  dusta dan keji 
 - Menjauhi kejahatan 
 - Memohon yang halal kerana takut jatuh  dalam keharaman
 
Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. :
 Pertama:-ayahnya  Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak  memperdulikan anak-anak  perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan  segala keperluan agama  seperti mengajar sholat, mengaji &  sebagainya. Dia membiarkan  anak-anak perempuannya tidak menutup  aurat….. Dia hanya memberi  kemewahan dunia saja, maka dia akan ditarik  oleh anaknya.
Allah, aku rasa aku menzalimi abah aku sendiri..menitis air mata aku tatkala membaca ini.  Ampunkan dosa hambaMu ini Allah.  Kasihanilah abah aku kerana dia insan yang aku syg tetapi sygkah aku pada dia jika aku tidak menutup aurat ku, Sayangkah aku pada dia Allah jika aku meninggalkan solat ku,  Sayangkah aku pada dia jika aku berdampingan dengan bukan muhrim ku, Sayangkah aku Ya Allah pada dia jika aku berbuat semua dosa2 itu manakala dia tidak seperti aku sujud pada Mu 5 waktu  sehari semalam, sentiasa membasahkan bibirnya dgn alunan zikir kepada MU tetapi aku senang memusnahkan amalan2 nya itu.  SubhanAllah.
Kedua:-suaminya  Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak  tanduk isterinya. Bergaul  bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi  untuk pandangan kaum lelaki  yang bukan mahram…, apabila suami mendiam  diri…… walaupun dia seorang  alim yang sholatnya tidak ditangguhkan,  puasa tidak tinggal maka dia  akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- abang-abangnya  Apabila ayahnya sudah tiada,  tanggungjawab menjaga martabat wanita  jatuh ke pundak abang-abangnya…..  jikalau mereka hanya mementingkan  keluarganya saja sedangkan adik  perempuannya dibiarkan melenceng dari  ajaran ISLAM…. tunggulah tarikan  adiknya di akhirat
Keempat:-anak lelakinyaApabila  seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang  haram  dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan  di  akhirat kelak……. nantikan tarikan ibunya Maka kita lihat betapa  hebatnya  tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun  tarikannya  begitu hebat…. maka kaum lelaki yang bergelar  ayah/suami/abang atau anak  harus memainkan peranan mereka yang  sebenarnya.
Firman Allah swt:-
“Hai  anak adam peliharalah diri mu serta keluarga mu dari api neraka  yang  bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu…” Hai wanita,  kasihananilah  ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak  lelaki anda…  kasihanilah mereka dan diri mu sendiri….. jalankan  perintah ALLAH SWT  dengan sungguh-sungguh dan dengan ikhlas… Semoga  Kita Semua Tergolong  Ahli Syurga Yang Memasuki Nya Tanpa Hisab Amin…Ya  Rabbalalamin
syg mereka sob sob ;(