Thursday, July 29, 2010

Tag : wajib buat



1. Adakah anda rasa anda HOT???
HOt tu kan panas...aku ni manusia la...

2. upload gambar kegemaran anda


3. cerita pasal gambar
kat bukit fraser...rasa mcm cun jer ms nie hhhahah nmpk natural gedikss

4. bila kali terakhir anda makan pizza
Lunch hour hari jumaat 3minggu lepas with my bos, kak fod n abby :))

5. lagu terakhir anda dengar
aku dengaq mcm2 lagu sampai lupa lagu apa yg last

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
dengaq lagu sambil dok pikiaq nak menipu apa dlm tag nie

7. selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
Baby/Bby: Family n cousin
ilya/ya:almost yg plg aku dgq org pggl aku
kakak:Adik yg ke 3 aka Atin
Eyz:classmate poli


8. tag lagi 8 orang
nie yg serabut nie hadoiii

9. siapakah orang no.1 kepada anda
CLassMate masa poli dulu..bilik selang 2 3 buah bijik keta ferari smpai la bilik dia ahakss:)

10. kata sesuatu mengenai orang no. 5
sgt cute, comel..


11. no. 3 ada hubungan ngan siapa
hubungan sulit dgn suami dia la..aiseh..maap la aku xtau nama laki ko hahaha

12. bagaimana pula dengan no. 4
ini budak kecik plg kecik dlm class aku dulu..so cute n sgt lembut..heehe

13. pesanan kepada orang no. 6
xtau la eazy ni kenal ke x dgn eyz..nama dh dekat sama dh tu..

14. kata-kata cinta tok no. 2
oitt jgn MALAS!!

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
NO!! depa xkenal sesama sendiri pun..jgn tnya soklan mcm ni blh x?? aku sekeh kang

16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda
xdak sapa pun tag aku..ni aku ambik dr blogwalking hahahhaah (mcm pencuri daa...)


17. persamaan antara kambing ngan lembu?
enak dimakan masa panas.haiwan yg akn jd mangsa bila Raya tiba wahhahaha gelak jahat

18. perasaan anda buat tag ini
ermmm ermmm ermmmm emrmmm

19. apa pendapat anda ttg artis yg rampas laki org tu si M dan si F?
biar la tuhan yg membalas kejahatan mereka..

20. GAY or LESS??
Dua2 perkara di laknat Allah S.W.T..berani buat la!

P/s : ada soklan yg aku tukaq ni..suka hati aku la wehh..ahakss!!



Thursday, July 8, 2010

Cermin diri sendiri dulu

Selalu sangat kita nampak orang punya silap.Orang punya salah. Orang punya kejahilan.Orang punya kekurangan.Orang punya kecacatan.Dan segala-gala orang punya.


Itu yang buat kita susah sangat nak nampak salah silap kita. Yang sebenarnya kita pun tak berapa betul. Yang sebenarnya hidup kita pun pincang. Yang nyatanya hati kitapun tak bersih. Yang selalunya kata-kata kita pun kurang ajar dan tak fikir apa perasaan orang.


Memang senang kita nak tegur orang, nak nasihatkan orang, nak kutuk orang, nak perli orang, nak merendah-rendahkan orang lain.Walhal memang terang-terang orang yang kita tegur tu lebih baik dari kita. Dan kita sebenarnya lebih teruk daripada diaorang.Dan sebenarnya kitapun bukanlah baik sangat pun.Tapi nak jugak tunjuk macam kita ni baik sangat kan. Asalkan orang yang kita kata tu nampak buruk.


Jadilah manusia yang ikhlas. Kalau bagus...boleh puji, puji sahajalah. Asalkan ikhlas. Jangan kekotoran hati menafikan kebagusan dia dan mengatakan yang dia tu buruk.Kalau tak suka tak perlu menyakitkan hati orang mengutuk begitu begini.


Lihatlah diri sendiri. Kajilah kekurangan diri. Renunglah adakah aku ni memang manusia baik, beriman dan dah cukup bersihkan hati ini. Tak perlu nak highlight kekurangan orang...nak singgung perasaan orang dan menggambarkan yang kita ni baik sangat. Tak perlu!

psstt : Rencana ini diambil tanpa izin dari Blog mama Hanis Zalikha...ampun ibukkkk!!

Emosi terganggu

Entah kenapa, hari ni emosi aku sikit terganggu..aku layan lagu ni dari dulu tp kali ni aku rasa lirik dia betul2 menyentap perasaan aku...mode sedey ptg2 ni boleh x eceh eceh...layanzzz

BAU - WARKAH
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

p/s : tisu plsss