Monday, April 2, 2012

Save The Date

Alhamdullillah... lega rasa hati ni bila urusan set tarikh telah selesai. Sabtu lalu 31 Mac 2012 rombongan bakal Family mertua eyz dah p penang untuk set date tarikh pernikahan eyz n mr.senget. yelah, sebelum xdak tarikh jenuh la eyz dok bergaduh dgn mr.senget sbb hal ni ja. Bila xda tarikh, semua urusan tergendala. nk booked MUA, OP, OV, Doorgift, catering, beli perabot, rumah, semua tergendala.

Eyz booked je semua tu tanpa ada tarikh jd serba salah jugak kan. Akhir nya, setelah kata semua sepakat Nindiaaa tarikh nya jeng jeng jeng jeng

....................................................................................................................

24 Ogos 2012 Nikah means raya ke 6 ^________^ Teruja nya..hehehe ke gateyy hikhikhik 25 Ogos 2012 adalah resepsi sebelah eyz lah, cuma sebelah mr.Senget setakat ni tarikh yang dipersetujui 23 disember 2012 tapi my future MIL maybe akan dekatkan sikit tarikh tu sbb xnk jarak yang terlampau jauh sbb oppsss tkt den bersanding bawak baby hahahahaha.. So start form today, br la eyz semangat sikit nk share segala persiapan yg bakal eyz buat. FYI, eyz dah lantik my sis jd wedding planner, so xda la eyz sorang2 pk hal wedding ni. I love her idea, simple n nice :)

So, wait for my next entry ya!!!

Friday, March 9, 2012

Thanks PM for the right decision

Wahh logo hati den dongar SPBA dibatalkan. Yolah, den sebagai Setiausaha ni kono la memperbetoikan mcm2 hal dari segi gred kakitangan dan juga la skim yg mereka dh pilih. Poning juga la den seminggu ni. perghh bila dgr pengumuman yg PM kita buat semalam, haishh jantung ni rasa nak menjerit kegembiraan jo. humang aiiii best2 ^________^

Meh baca intipati pengumuman semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan semula ke skim SSM dengan diberi penambahbaikkan.
Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu beliau juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

p/s : tunggakan den banyak jugo, boleh la buat beli barang hantaran sebarang duo..thehehehe

Tuesday, January 31, 2012

Pengumuman

Pengumuman Raya ke?? bukan bukan bukan!! Tong tong tong…tudia aihh mcm beduk lama ja bunyi dia. Secara rasminya pada 22 Jan 2012 akhirnya Ilya Eziane Mohd Noor telah selamat bergelar tunangan org. OMG!! Eyz bertunang?? Dengan siapa? Org mana?? Jeng jeng jeng… Actually, ramai gak dikalangan kawan2 eyz yg tahu eyz dah bercinta bagai nak rak selama hampir 3 tahun dengan Incik F, namun Allah Maha Perancang yang sempurna. Eyz dan dia tiada jodoh. Tapi eyz x pernah serik atau menyesal dgn apa yg dh DIA tetapkan untuk eyz. Apa yang telah eyz lalui 3thn tu dh x perlu eyz igt lagi. Life must go on right? Ish..xmau la cita pasal kisah silam lg. Now, I’m presenting my Future Husband dan insyaAllah Imam dalam rumah eyz dan jugak ayah kepada bakal anak2 kami nanti hamboihh baru bertunang x sampai sebulan lg melalut lebih sampai ada anak hahahhah okie jgn tampo eyz…

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim….

Ni la tunang eyz, Mr. Azrul Khaidir Zamri hambek nama penuh lg ic chek xtau la plak kihkihkih.. Eyz senang nak gelarkan dia Mr.senget sbb otak dia senget mcm eyz gak. Hahahhaha… jom layan pic2 sepanjang majlis ada la dlm 120 keping ahaks over sudah!! Sapa rasa mual sila la delete blog ni dr lappy korang ekk..ada eyz kisah??

My future MIL sgt sporting n kelakar orgnye. Org perak hadeii payah bebenor nak ckp perak ni tau..lain dari yg lain eyz rasa. heehehe..masa ni mmg cuak gilaa sampai masa OP n OV suh cium tangan, eyz p cium tgn eyz sendiri hahahahha mmg lawak gila la xmau tunjuk kt sini. Kt FB pun eyz x upload pic cium tgn tu gilo kot org cium tgn MIL eyz p cium tgn sendiri kuikuikui :p

Nie cousin2 kesayangan yang menemani eyz masa make up n I really like this pic ngeeee

Sebahagian team family yang bertungkus lumut untuk memastikan majlis ini lancar. Pelamin eyz di buat simple je. Nanti eyz cerita pasal pelamin, hantaran n etc ok..

Nak tau mcmana eyz leh kenal nagn Mr. senget? I will cerita on the next N3 yek . Eyz nak cerita mcm2 tp sbb mood x mai g ni sabaq noo sayam2 semua!! Muahhhh daaaaaaaa

Doakan hubungan kami kekal sehingga ek jinjang pelamin dan seterusnya kekal ke akhir hayat yer love love love muahhh

Friday, January 27, 2012

ANAZTASIAS SPA GIVEAWAY

sukanya bila ada giveaway, xpernah menang tp x kisah pun mencuba nasib kan.. ada rezeki ada la iye dok..anyway, jom mencuba nasib ^_^

Bismillahirahmanirahim...

ANAZTASIAS SPA GIVEAWAY


Semudah A B C 1 2 3..

1) Buat satu entry di blog dan letakkan gambar 'spa giveway'
diatas di dalam entry. LINK kan ke blog Nora. DONE

3) Kemudian tag 2 kawan anda, ajak dorang joinn giveaway ni. DONE

4) All Done sis. ^_^

Giveaway ni terbuka pada semua blogger dh kawin atau belum semua boleh ekk...try la..x slh mencuba gurlss!!

nak tag Mummy Adam n Pengantin baru Wani

Tuesday, January 17, 2012

apabila lelaki jatuh cinta

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Namun Kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu denga rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan- sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar.Betapa beruntungnya kamu...

Selain itu teman lelakimu sentiasa buat hatimu tenang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah perhubunagan kita inginkan kenangan manis untuk dikenang.

Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa ingikan suasana yang ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah manjadi tanggungjawab untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senag dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang tidak memahami setiap kali dia memberi nasihat. Ingat nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan ganguan orang lain. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkan dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apbila teman lelakimu berperagai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darpadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih darpada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang yang berperwakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja. Jadi hargailah.

Kamu hadapi masalah dan orang yang pertama datang membantu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi mengelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,"You sayang i" jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Manusia tidak ada yang sepurna. Samalah juga dengan teman lelaki kamu, tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati, tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. berilah dia masa untuk merubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia, dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.

Jadi HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penganti, alasan kamu lalu dah tak ada hati dan serasi, kamu pulak macam mana?adakah kamu tak pernah buat silap?kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu?.

Jangan biarkan EGO menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti. Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik....dan...Ikhlas itu tak boleh dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati..