Tuesday, January 17, 2012

apabila lelaki jatuh cinta

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Namun Kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu denga rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan- sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar.Betapa beruntungnya kamu...

Selain itu teman lelakimu sentiasa buat hatimu tenang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah perhubunagan kita inginkan kenangan manis untuk dikenang.

Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa ingikan suasana yang ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah manjadi tanggungjawab untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senag dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang tidak memahami setiap kali dia memberi nasihat. Ingat nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan ganguan orang lain. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkan dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apbila teman lelakimu berperagai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darpadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih darpada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang yang berperwakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja. Jadi hargailah.

Kamu hadapi masalah dan orang yang pertama datang membantu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi mengelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,"You sayang i" jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Manusia tidak ada yang sepurna. Samalah juga dengan teman lelaki kamu, tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati, tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. berilah dia masa untuk merubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari penganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia, dan kamu pasti ke penganti kamu tu dapat bahagiakan kamu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.

Jadi HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penganti, alasan kamu lalu dah tak ada hati dan serasi, kamu pulak macam mana?adakah kamu tak pernah buat silap?kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu?.

Jangan biarkan EGO menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti. Mungkin pasangan kamu tak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik....dan...Ikhlas itu tak boleh dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati..

No comments: