Pepatah yang selalu kita dengar, seseorang itu akan belajar menghargai hanya bila dia dah kehilangan orang yang dia sayang. Kenapa macam tu ye? Walaupun pepatah ni dah lama tapi sampai sekarang masih dengar banyak cerita yang serupa. Bercakap soal perasaan, takkan ada siapa pun akan menemukan jawapan yang selayaknya kita mahukan. Kerana manusia itu fitrahnya mudah lupa dan lalai walaupun berhadapan dengan satu satunya insan yang paling kita tak dapat hidup tanpanya ketika ini.
Manusia mudah ego bila malu untuk berdepan dengan perasaan sendiri. Jadi di mana nilai cinta dan kasih sayang? Cinta selayaknya dilafazkan bukan disimpan. Ada yang kata lebih baik diam, tapi kalau diam itu meleret kepada tekanan perasaan yang amat teruk macam mana pulak. Jangan pandai menghukum kalau kita sendiri tak tahu macam mana rasanya memendam perasaan! Hati kita sangat halus walaupun ia kental.
Bila kita kehilangan, baru kita akan tahu erti cinta yang sebenarnya. Kita mungkin boleh ego depan dunia, tapi kita akan kalah saat kita berseorangan dalam sunyi. Mengaku je lah! Takkan ada manusia yang mampu melawan kuatnya rasa hati yang sedang mencintai. Kerana cinta adalah anugerah teragung yang Allah berikan supaya kita padamkan perasaan benci dan kekejaman dalam hati kita. Bila ada cinta, itu maknanya kita tahu menjaga anugerah yang Allah bagi.
Entry ni aku dpt dari satu blog..x igt dari mana. Ianya mmg kena dengan aku. Tepat menusuk di hati aku. Orang yang cinta dan sayang selama ini sudah bukan milikku lg. Aku redha dengan perpisahan ini. Aku bukan tulang rusuk dia. Baru sekarang dia nak menghargai segala apa yang pernah aku lakukan dulu, sudah terlambat. baru sekarang nak rasa apa itu kehilangan sejak 3 tahun aku setia menanti cinta mu itu..aku redha sekarang Ya Allah dia bukan milikku. Selamat tinggal Cinta.
No comments:
Post a Comment