Thursday, August 26, 2010

yeayyy

yeayyy esok raya cuti!! sabar nak balik kampung..leh berbuka dgn family, abg adik, ank buah yg comel2 dan tembam...eee geram mummy^_^ mcm2 nak minta mama aku msk ni. ma, ma masak lauk2 yg macam nie ekkk nyummy nyummy~~ alamak air liur aku dh melecur ni adehh dush dushhh hambek ko ez..gatal sgt pepagi dh pk nk order kt ma ko..dushhh hambekkk lg aiyakk!!


x nampak best ke ni beb^_^





i want this mummy!!


leleh dh nie~~

amacam beb?? nk join aku zoommm ke Penang x??hehhehe my mom is a good cooker wahhahhaha


Monday, August 9, 2010

Tag ^_^ Puasa oh Puasa

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Errr… hari2 aku puasa penuh sebelum aku msk ke alam anak dara nie....ehhehe..

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
pernah aishh xkan kot..aku rasa aku ni cun baik, beriman

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
siap terbakor aku nye kaki n peha ayam aku ni tau main bunga api baling.sadiss siott

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Murtabak Pasar Malam Sg. Bakap..perghhh meleleh air hingus liur dowhhh

Lagu raya manakah yang anda suka??
Satu hari di Hari Raya, 2 hari di hari raya, 3 hari di hari raya, 4 hari di hari Rayaaa....(sila nyanyi ikut nada yg betul) ^-^


Tahun ini anda beraya di mana??
Penang -----> Kelantan------> Penang

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
sapa berani bagi aku bertugas di PAGI RAYA??? Huwaaa mau aku menangis gak nanti

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
makan nasi ayam kicap manis kuih2 raya yang manis..itu lah kenangan manis..

Sapa kena buat tag ni??

> Yan (aku tahu ko xdak keja tp buat bz jer)
> Ekin JB (TQ Mon tlg aku hehhehe meh buat tag meh)
> Wani DSK
> Kak Una (cik engineer, meh wat tag meh)
> Ixca
> Intan (banyak kan berehat mummy)
> Pah ( syiqah sgt comel)

Tuesday, August 3, 2010

Pemarah

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

psstt: Guna Hijau kerana Hijau warna Syurga =)