Thursday, June 7, 2012

Tips Pengambilan Suppliment

Tips Pengambilan Supplement

Hai dan Assalamualaikum :)

Hari ni eyz nak share satu lagi info dan tips terbaru yang dikongsi oleh DC Sarawak ( Cik Amni )



TIPS PENGAMBILAN ATAU MAKAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL

Atau dalam hal ini cara makan dan waktu pengambilan VCO .

Tips ini diberikan dan dijelaskan dari :
PUAN VIVI NORYATI ( Saintis Perubatan daripada Universiti Malaya)

1. MAKAN / AMBIL supplement (VCO) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam

2. KERANA ?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCO) bertindak dan bekerja dalam badan kita.

3. ELAKKAN pengambilan supplement (VCO) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

4. ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCO) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

5. NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCO akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat. Jika anda rasa selepas pengambilan VCO anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

6. PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.


SOALAN PALING FAMOUS JUGA :

Kenapa makan vco badan jadi letih, jerawat keluar, rasa demam, :
INI ADALAH KERANA proses penyembuhan / healing crisis

Refer di sini untuk lebih details :

http://eyzcatalystlove.blogspot.com/2012/05/kulit-kusam-berjerawat-tidak-berseri.html

Friday, June 1, 2012

R U ready

Adakah anda[wanita] sudah benar2 bersedia untuk berkahwin?? Lets Check it!


mcm mana nak tau kita dh sedia atau x utk kawen? tanda2 yg obvious la...hm..sebab kalau ikut hukum nikah ada banyak..wajib, sunat, makruh dsb..cmna kita nk tau kita masuk kategori yg mana?
cth kalau wajib-ada keinginan utk kahwin n kemampuan..
kalau perempuan cmna nk tau dia dh ready ke belum? keinginan utk kawen tu smua org ada kan...cuma dr segi kemampuan tu cmna kita nk ukur? spesifik kpd perempuan...
smoga tips2 dibawah ini bermanfaat & boleh dijadikan panduan pd enti smue termasuk diri ana sndri.. InsyaAllah..




-adakah dia sudah bersedia untuk melayani seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?

-adakah dia bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri?

-adakah dia bersedia mengasihi ibu mertuanya dan sanggup bekorban demi beliau?

-adakah dia bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta dia berbuat demikian?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

dan yg paling penting...
-adakah dia bersedia untuk kehilangan seorang suami dan terus memberi didikan dan kasih sayang secukupnya kepada zuriat suaminya?

adakah dia sudi menerima semua tanggungjawab itu?

jika ya, berkahwinlah.. kerana dirimu insyaALLAH akan menjadi isteri dan ibu yang solehah......

semoga ini dapat membantu...



artikel ni ana dpt dr penulisan seorang sahabat Serikandi Mujahidah.. sgt bermanfaat & berguna..