Friday, March 9, 2012

Thanks PM for the right decision

Wahh logo hati den dongar SPBA dibatalkan. Yolah, den sebagai Setiausaha ni kono la memperbetoikan mcm2 hal dari segi gred kakitangan dan juga la skim yg mereka dh pilih. Poning juga la den seminggu ni. perghh bila dgr pengumuman yg PM kita buat semalam, haishh jantung ni rasa nak menjerit kegembiraan jo. humang aiiii best2 ^________^

Meh baca intipati pengumuman semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan semula ke skim SSM dengan diberi penambahbaikkan.
Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu beliau juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

p/s : tunggakan den banyak jugo, boleh la buat beli barang hantaran sebarang duo..thehehehe